Saat-saat Kematian

Share3906
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.
Share3906
Recent Related Posts

70 thoughts on “Saat-saat Kematian

  1. ALLAHUAKBAR !!..
    terima kasih kerana membuat aku ingat kepada kematian..
    semoga kita semua mendapat ganjaran yg baek dari ALLAH
  2. subhannallah takut bile dgr..tp kenapa lah cahaya keinsafan xdtg lagi…Ya Allah berikan lah aku hidayah mu..
  3. Subhanallah, Semoga Allah mengampuni dosa2 diri dan keluargaku dimasa lalu, sekarang dan akan datang…
  4. Pingback: Tweets that mention Saat-saat Kematian -- Topsy.com
  5. solat 5 waktu jangan tinggal..
    selalu lah mengaji Al Quran..
    semoga Allah memberi petunjuk dan ampunanNYA ke ats umat Muhammad saw.
  6. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
    Sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai mati. Berthoharah lah dengan betul, tingkatkan ibadah, perbanyakkan taubat. Moga ibadah dan taubat diterima Allah, dan hayat kita berakhir dengan husnul khotimah.
  7. subhanallah…bukakanlah pintu hatiku untuk bertaubat supaya di masa aku mengadapmu aku lebih di berkati…….aminnnnnnnnnnn.
  8. YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU…MASUKKANLAH AKU DALAM GOLONGAN ORG BERIMAN KEPADAMU YA ALLAH…AMIN..
  9. Assalamualaikum
    awak..mntak permission ye..nk share ngan kwn2 opis yg lain..TQ
  10. Subhanallah… Semoha Allah mengampuni segala dosa yg pernah kita lakukan…. thk 4 sharing
  11. Innalillah wainnailaihi Rooji’un…semua dari Allah dan akan kembali kepada Allah….Astaghfirullah robbal baroya…Astaghfirullah minalkhotoya…..,Semoga Allah SWT selalu melimpah Taufik,Rahmat,dan HidayahNya kepada kita semua.. semoga kita semua selalu istiqomah dalam melaksanakan Amar Ma’ruf dan Nahyi Munkar..selalu berada dalam Ridho Allah SWT dalam setiap gerak langkah kita….Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dari Allah SWT…Amien…
  12. YA’…ALLAH…Ampun kan daku…sesungguh nye..Aku Manusia yang berdosa Pada mu…
  13. YA’ ALLAH….Ampun kan Daku…Sesunguh nye Aku Manusia yg Terlalu bnyak Dosanya….
  14. Pingback: saat-saat kematian « ROLET
  15. Ya Allah..
    ak terasa sesuatu selepas membaca tentang kematian ni..
  16. subhanallah.. terasa kurangnya ilmu d dada utk mengadapmu.. ya Allah, matikanlah aku dlm iman.. amin
  17. astaghfirullah….ya Allah…
    ampuni dosa ku…trase len sgt..
    moge2 dberi hidayah sblom hmbamu ini mngadap Mu..ya Allah….
  18. Subhanallah……smg kita diakhirkan dengan Khusnul khotimah…Amin ya Allah ..
  19. Pingback: :: BeLaNgSuNgKaWa… :: « :: CeRiTeRa KeMbaRa SeBuaH JiWa ::
  20. selama ini aku selalu leka akan dunia sahaja sehinggkan usia dah hampir aku masih tercari cari dimana mu allah aku rasakan kau ya tuhahku terlalu jauh untuk aku dekati
  21. maha suci allah,allah maha besar,terima kasih,dgn crita ini mengingsaf kn lg diri ku,muga2 diri ku selalu mngingati mati,.
  22. ya ALLAH,jauhkan la aku dan orang2 yg disayangi dr kelalaian duniawi….supaya kte sume tidak leka dari mengingati mati…entah ble….
  23. Assalamualaikum,
    Boleh tolong kongsi kitab rujukan untuk artikel yang sungguh menarik ini?
    Wassalam
  24. Salam,
    saya harap saya dpt share warkah ini menjadi pedoman hidup..
    terima kasih..
  25. ya Allah,.ttapkanlah hati hambamu ini spaya mnjdi seorg yg brimn… jauhknlh km i dri godaan dn kseronokn dniwi………
  26. subhanallah…………………..ya allah ya tuhan ku..ampunkan segala dosa2 ku yg telah lalu..tempatkanlah aku dsyurgamu……..amin
  27. salamm…..saudara penuliss…yg lain sy yakin…cuma ttg tanda2 kematian 2……sy berbelah bagi antara pecaya @ tak…untuk menyakinkan lg sy….boleh tak saudara penuliss…nyatakan @ sertakan mana2 hadis…tanda2 100 hari sblum kematiann 2..klu betul..senang utk kita prepare…dlm 100 hari tersebut…klu tak keberatan…saudara penuliss..bleh antar ke email sy….brigedjihad@yahoo.com…..
    trima kasih, Asalamualaikumm.
  28. Askum, Q beberapa hari ini sering bermimpi tentang kematian Q. Sering merasa bahwa Izrail di dekat Q.
    Smpai2 Q takut untuk tidur.
    Apa itu trmasuk tanda2?
  29. Ya ALLAH . berilah petunjuk kepada ku Ya ALLAH agar keimanaan dalam dri ku kekal selamanya hingga akhir hayat ku ini dan biar la mati ku dengan kalimah suci mu TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH AMIN AMIN AMIN .
  30. subhanallah
    sesungguhnya aku sangat takut untuk menghadapi kematian..ya allah kau ampunilah dosa-dosaku ya allah ….kau matikanlah aku dalam iman ya allah
  31. Ya Allah macamana aku nak menghadapi maut sedangkan aku sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda.Aku takut Ya Allah….aku takut…tolonglah hambaMu ini.Hanya kasih sayangMu sahaja hambaMu harapkan.Sesungguhnya engkau yang menjadikan aku…Ya Allahhhhhh bantulah hambaMu ini dalam berhadapan sakaratulmaut
  32. ya Allah ampunilah dosaku, permudahlah ketika ajal menjemputku
    muhammad rozikin´s last [type] ..
  33. Subhanallah semaoga Allah SWT memanggilku dalam keadaan iman,islam dan khusnul Khotimah amin
    Busiri´s last [type] ..
  34. Takut aq membacenye.. Tp,bile pulak aq nk b’taubat ni?
    Ariff Aiman´s last [type] ..
  35. Ya ALLAH ya Tuhanku.. dariMu aku datang dan kepadaMu aku kembali..
    luqyana´s last [type] ..
  36. Assalamualaimu!
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
    CIKABO´s last [type] ..
  37. subhanallah, ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa, jika kita bisa merasakannya,,,,,
    yulia´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
*
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
CommentLuv badge